Sabtu, 19 Ogos 2017

Tips online marketing dalam bidang makanan

1.Gunakan media sosial : facebook , instagram dan whatsapp sepenuhnya.
Ramai diantara kita baru berjinak-jinak dalam bidang online marketing menggunakan Fb personal untuk membuat marketing. Perkara ini bahaya dan kemungkinan fb anda akan di banned oleh fb . Daripada anda merapu tak tentu pasal di fb personal anda , ada baik anda create satu fb page tentang bisnes anda. Letakkan pelbagai aktiviti tentang bisnes
anda, testimonial , produk dan pelbagai lagi. Belajar bagaimana menggunakan fb Ads untuk menarik pelanggan ke fb page anda. Keluarkan sedikit modal untuk keuntungan pada masa hadapan.
2. Perbanyakkan pelanggan Yang Tolong Perkenalkan Produk Kita (rekemen produk kita).
Banyakkan bertanya kepada pelanggan tentang produk kita. Jangan memaksa mereka , takut mereka bosan . Cukup dengan bertanya khabar dan berterima kasih setelah menjadi pelanggan sebagai permulaan.
Bila mereka beri maklum balas ,
” Semua ok sis, sedap! ”
Kita kena cepat cakap,
” Kalau sedap boleh bagitau kawan-kawan ”
Berikan intensif contoh bagi diskaun untuk pembelian yang seterusnya untuk pelanggan sedia ada yang memperkenalkan
kita kepada orang lain. Referral menjimatkan kos dan peratusan untuk pelanggan baru membeli lebih tinggi. Kena rajin buat follow up kepada pelanggan sedia ada. Ingat !!! marketing mulut ke mulut adalah perkara yang mahal.
3.Kenali Betul-Betul Siapa Pelanggan Kita
Kita mahu sasarkan pelanggan yang bagaimana? Jawab dahulu soalan ini baru mudah untuk kita buat kerja pemasaran.
- Penetapan harga produk
- Jenis produk
- Jual produk yang berterusan bukan produk laris ikut musim
- Mengatasi masalah mereka apabila mereka membeli
- Mempermudahkan pelanggan untuk membeli
contoh lagi ...
Mereka sibuk bekerja tak sempat masak di rumah, mereka orang bisnes yang suka lepak santai di Ofis . Mereka ketua
keluarga yang suka bawa anak isteri makan di warung dan paling penting mereka ini kebanyakannya Food Hunter yang menggemari masakkan melayu.
4.Tukar Pelanggan Menjadi Peminat
Mengumpul peminat lebih mudah berbanding mencari pelanggan baru. Tawarkan apa yang benar-benar mereka mahu dan suka.
Pernah terjadi pada kami apabila kami cuti yang agak lama disebabkan uruskan peribadi pelanggan akan tertanya kepada
kami ' sis bile nak meniaga nie ? kami rindu masakkan sis. Dah macam orang bercinta pulak. Alhamdullilah sekiranya kita memberi servis yang terbaik. Pelanggan akan setia
kepada kita.
5.Berikan Apa Sahaja Asalkan Ia Percuma
Semua orang suka benda percuma. Dari Dulu hingga sewaktu awal pembukaan hingga sekarang Azie Food Delivery, kami
tawarkan penghantaran percuma. Ada pula nasi tambah percuma , kalau order banyak kami bagi buah potong percuma.
Tapi orang lain kata kami gila kerana memberi penghantaran percuma dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ditambah
pula kenaikkan bahan api meningkat dari minggu ke minggu.Mereka tidak tahu hasilnya nanti lagi gila-gila. Nak hasil gila-gila memang kena buat kerja gila.
6.Libatkan Diri Dalam Aktiviti Masyarakat
Orang berniaga kena bijak bersosial. Jangan jadi katak bawah tempurung, bukan asyik duduk dalam dunia kita sahaja. Keluar dan beraktiviti bersama masyarakat, di mana ramai orang beraktiviti, di situ kita mesti wujud dan boleh
dilihat.
Sebagai contoh, cari masjid atau surau beri makanan secara percuma atau libat diri dengan aktiviti mereka serta tawarkan perhidmatan dengan harga murah. Jangan risau , insyallah rezeki lumayan pasti datang. Bukan itu sahaja , pahala dapat rezeki pun dapat.
—————-
Pemasaran bukan sekadar teori, malah ia harus dijiwai. Pepatah omputih menyebut, ” Marketing is not a department, Marketing is an attitude “. Kerja-kerja begini tidak boleh dibuat-buat, memang tak menjadi. Ia mesti lahir tulus dari
hati. Insyallah lama-lama mesti menjadi. Selamat mencuba.

ikhlas,
Azie Food Delivery.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts